Soalan Parlimen


Daripada : TUAN NIK NAZMI BIN NIK AHMAD [SETIAWANGSA]

Tarikh : 08-Oct-2019

Soalan :

SOALAN NO. 11

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah perusahaan kecil dan sederhana yang melibatkan kerjasama pemilik Bumiputera dan bukan Bumiputera sebagai peratusan jumlah perusahaan kecil dan sederhana.


Daripada : DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE [ KOTA TINGGI ]

Tarikh : 14-Oct-2019

Soalan :

Soalan no. 4

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah perancangan dan program yang dirancang oleh Kementerian Pembangunan Usahawan yang bersifat “High Impact” untuk merealisasikan Dasar Keusahawanan Negara yang baru dilancar pada Julai 2019 tercapai dengan jayanya.


Daripada : TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH [ PAYA BESAR ]

Tarikh : 05-Nov-2019

Soalan :

SOALAN NO. 2

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan menyatakan :-         

  1. senarai bantuan kewangan dan jumlah yang telah diberikan oleh Kementerian kepada usahawan dan syarikat Bumiputera sejak Mei 2018 sehingga kini; dan
  2. prestasi terkini dana RM1 bilion untuk usahawan muda yang disalurkan melalui Dana Pemerkasaan dan Keusahawanan Anak Muda


Daripada : PUAN RUBIAH BINTI HAJI WANG [ KOTA SAMARAHAN ]

Tarikh : 05-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 10

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan mekanisme yang digunakan pada ketika ini oleh Kementerian dalam menggalakkan keusahawanan dalam kalangan belia dan generasi muda.


Daripada : DATO' SYED ABU HUSSIN BIN HAFIZ SYED ABDUL FASAL [BUKIT GANTANG]

Tarikh : 05-Nov-2019

Soalan :

Soalan NO. 22                   

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan program-program “Business Online” perniagaan atas talian di bawah seliaan Kerajaan dan bentuk bantuan dan kursus yang disediakan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat khususnya kepada golongan Bumiputera dan B40.

 


Daripada : YB. TUAN LARRY SOON @ LARRY SNG WEI SHIEN [JULAU]

Tarikh : 11-Nov-2019

Soalan :

SOALAN NO. 21

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah bilangan usahawan usahawan daripada masyarakat Dayak yang menerima geran keusahawanan dan apakah usaha-usaha yang dilaksanakan membantu mereka sejak perubahan tampuk kepimpinan negara pada Mei 2018.


Daripada : DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI [KOTA MARUDU]

Tarikh : 14-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 4 

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah program-program baru untuk membentuk usahawan-usahawan baru yang berdaya tahan dan kompetitif di kalangan orang asal  “natives” di Sabah dan Sarawak. Dari segi rekod pada masa kini berapa jumlah usahawan bumiputera kecil, sederhana dan besar/utama di Sabah dan Sarawak.         


Daripada : TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ]

Tarikh : 20-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 5 

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah usaha yang telah dan akan dilakukan untuk membantu usahawan belia di Sarawak. Senaraikan kesemua skim dan bantuan yang ada untuk membantu mereka.


Daripada : PUAN HAJAH NATRAH BINTI ISMAIL [ SEKIJANG ]

Tarikh : 20-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 15

minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah-langkah holistik Kementerian bagi membantu dan membuka peluang kepada usahawan untuk meningkatkan pendapatan serta meningkatkan daya saing usahawan di mana pada waktu ini tidak ada lagi pemberian geran percuma.

 


Daripada : DATO' ROSOL BIN WAHID [HULU TERENGGANU]

Tarikh : 20-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 19

minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah strategi Kementerian dalam memastikan usahawan Bumiputera mendapat manfaat dalam perlaksanaan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030.


Daripada : DR. NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN HAJI SALLEH [ PASIR PUTEH ]

Tarikh : 20-Nov-2019

Soalan :

Soalan no. 22

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan adakah usahawan baharu luar bandar khususnya di Parlimen Pasir Puteh dan negeri Kelantan mendapat manfaat di bawah program PROTÉGÉ serta adakah mereka layak menerima geran permulaan perniagaan.


Daripada : DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN [ PONTIAN ]

Tarikh : 02-Dec-2019

Soalan :

SOALAN NO. 4

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah terperinci dan peruntukan untuk setiap langkah bagi meramaikan jumlah usahawan berdaya maju di sekitar 20 ribu buah kampung seluruh negara. Berikan angka usahawan luar bandar mengikut 14 negeri dan beri 10 nama syarikat yang paling berjaya untuk setiap negeri.


Daripada : PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [HULU SELANGOR]

Tarikh : 02-Dec-2019

Soalan :

SOALAN NO.17

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan perancangan Kementerian bagi membangunkan industri Aeroangkasa di negara ini bagi membuka lebih banyak peluang keusahawanan.  


Daripada : DATO’ MANSOR OTHMAN [ NIBONG TEBAL ]

Tarikh : 02-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 15

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan secara terperinci program TEKUN Mobile Mart dan bagaimana program ini dapat membantu usahawan tempatan khususnya di kalangan usahawan TEKUN.


Daripada : DR. NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN HAJI SALLEH [ PASIR PUTEH ]

Tarikh : 05-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 2

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah mekanisme penampan (buffer mechanism) yang akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi memastikan usahawan Bumiputera terutamanya yang masih terperangkap di B40 setelah geran bantuan percuma usahawan Bumiputera dihapuskan.


Daripada : DATO' HAJI MOHD. SALIM SHARIF [JEMPOL]

Tarikh : 05-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 12

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan pendirian terhadap Kempen Utamakan Produk Muslim dan implikasi kempen tersebut terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milikan penuh Bumiputera Islam.


Daripada : TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA [ SUNGAI BESAR ]

Tarikh : 05-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 34

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan pencapaian sasaran membangunkan sebuah negara usahawan sebagaimana pembentangan Bajet 2019 yang lalu.


Daripada : DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE [KOTA TINGGI]

Tarikh : 05-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 8 

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam memastikan sektor industri halal Malaysia menjadi penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.


Daripada : TUAN WONG LING BIU [ SARIKEI ]

Tarikh : 05-Dec-2019

Soalan :

Soalan no. 23

Minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah yang dilakukan oleh Kementerian dalam mempromosikan usahawan untuk kumpulan B40.