GERAN PENYELIDIKAN DAN PENGKOMERSIALAN VENDOR BUMIPUTERA (GPPV)

  • OBJEKTIF 

GPPV bertujuan untuk membantu Syarikat Vendor menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu yang berinovasi dan fokus terhadap kehendak pasaran. Ia juga membantu Syarikat Vendor mengembangkan pasaran, meningkatkan perolehan serta berkemampuan untuk mengeksport produk/ perkhidmatan ke pasaran serantau dan antarabangsa.

  • PEMOHON YANG LAYAK

Geran ini terbuka kepada semua Syarikat Vendor Bumiputera yang berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV), Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).

  • KRITERIA KELAYAKAN SYARIKAT VENDOR

i. Berdaftar dengan Syarikat Anchor di bawah Program Pembangunan Vendor (PPV).

ii. Mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan di bawah Garis Panduan PPV Nasional.

iii. Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek GPPV sehingga selesai.

iv. Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan Syarikat Vendor dan Ketua Projek yang dilantik oleh Syarikat Vendor mestilah tidak pernah disabitkan atas apa-apa aktiviti penipuan atau syarikat yang telah diisytiharkan bankrap, diletakkan di bawah penerimaan atau pembubaran.

v. Syarikat Vendor tidak terlibat dengan projek GPPV lain yang masih berjalan.

  • LATAR BELAKANG PROJEK

i. Cadangan projek mesti mengandungi elemen inovasi yang menjurus kepada pengkomersialan produk, proses dan perkhidmatan yang inovatif.

ii. Projek mestilah bertujuan untuk pembangunan inovasi/ penambahbaikan terhadap produk/ proses/ perkhidmatan sedia ada yang berpotensi untuk dikomersialkan. Projek atau produk yang dalam peringkat kajian adalah tertakluk kepada persetujuan dan kelulusan MED.

iii. Syarikat Anchor perlu mengemukakan surat sokongan dan mengesahkan bahawa projek GPPV yang dilaksanakan oleh Syarikat Vendor tersebut berinovasi dan berupaya untuk dipasarkan (marketability)

  • KAEDAH PENAWARAN

Kaedah penawaran geran ini adalah menggunakan konsep Geran Sepadan (Matching Grant) di antara pihak Kerajaan dengan Syarikat Vendor (90:10). Had maksimum pembiayaan oleh Kerajaan adalah 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sehingga RM1 juta bagi setiap permohonan.

  • TEMPOH MASA GERAN

Tempoh minimum menyiapkan projek adalah selama 6 bulan dan tempoh maksimum adalah selama 12 bulan dan disusuli dengan tempoh penilaian outcome dalam tempoh 6 bulan selepas tamat projek GPPV

  • SKOP GERAN

Geran ini memfokuskan kepada produk dan perkhidmatan yang dipacu oleh kehendak pasaran (market driven) dan disokong oleh Syarikat Anchor menerusi mana-mana dua (2) fasa berikut:

i. Pra-Pengkomersialan; dan

ii. Pengkomersialan.

  • BIDANG/KOMPONEN PENYELIDIKAN

Geran ini boleh digunakan untuk tujuan berikut;

i. Loji perintis/ prototaip - perolehan peralatan dan infrastruktur sokongan yang berkaitan secara langsung dengan loji perintis;

ii. Penyediaan dan pendaftaran Harta Intelek/ Intelectual Properties (IP) (IP baru dan yang sedia ada);

iii. Pengujian pasaran atau penilaian;

iv. Pematuhan kepada peraturan dan standard;

v. Perbelanjaan untuk perkhidmatan (perundingan/ pengujian);

vi. Perbelanjaan yang dikenakan kepada tenaga kerja/ personnel contoh pembantu penyelidik;

vii. Perolehan bahan mentah;

viii. Perolehan Teknologi dan Harta Intelek (IP); dan

ix. Lain-lain aktiviti dalam fasa (i) dan (ii) skop geran, tertakluk kepada persetujuan MED.

  • PERJANJIAN GERAN

i. MIDF merupakan agensi yang dilantik oleh MED untuk menguruskan pemantauan dan penyaluran geran bagi projek.

ii. MIDF akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada Syarikat Vendor yang diluluskan. Tawaran tersebut perlu diterima oleh Syarikat Vendor dalam tempoh 14 hari bekerja. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan tawaran tersebut terbatal atau ditarik semula.

iii. Semua yuran guaman, duti setem profesional dan perbelanjaan yang berkaitan dengan dokumentasi undang-undang hendaklah ditanggung oleh Syarikat Vendor.

  • PEMBAYARAN GERAN

i. Jumlah pembiayaan geran oleh Kerajaan bagi setiap permohonan adalah maksimum 90% daripada kos keseluruhan projek dan tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM1 juta.

ii. Syarikat Vendor juga adalah tertakluk kepada caj pentadbiran pembiayaan geran sehingga 3.5% oleh pihak MIDF yang dikenakan ke atas jumlah pembiayaan yang diluluskan  kerajaan.

iii."Retention sum"pada kadar 10% dari jumlah Dana yang disalurkan kepada MIDF dari semasa ke semasa akan dipegang oleh MIDF sebagai "trustee" sepanjang tempoh pelaksanaan projek dan akan hanya disalurkan kepada Syarikat Vendor setelah memperolehi Surat Penyempurnaan Projek.

iv. Pembayaran akan dilakukan berdasarkan peratusan kerja disempurnakan di tapak projek selari dengan kemajuan Milestone dan dibuat secara bayaran balik (reimbursement basis) seperti yang telah dipersetujui di dalam Surat Tawaran.

  • PROSES PERMOHONAN

i. Permohonan GPPV oleh Syarikat Vendor hendaklah disertakan dengan surat sokongan Syarikat Anchor.

ii. Setiap permohonan hendaklah mengemukakan salinan pembentangan projek yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut format yang telah ditetapkan.

iii. Borang permohonan GPPV yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada sekretariat GPPV sebelum masa dan tarikh tutup yang ditetapkan di:

     Kementerian Pembangunan Usahawan
     Bahagian Pembangunan Industri Halal dan Vendor
     Aras 2, Blok E4/5
     Kompleks Kerajaan Parcel E
     Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
     62668 Putrajaya
     (u.p: Pengarah Seksyen Vendor 2)

  • STATUS PENAWARAN

Penawaran masih belum dibuka. Penawaran GPPV 2020 adalah dijangka pada bulan Februari-April 2020 dan Jun-Ogos 2020.

  • BORANG PERMOHONAN

Muat turun

  • LINK SENARAI SYARIKAT ANCHOR DI BAWAH PPV MED

  • PETRONAS
  • SERBA DINAMIK
  • UZMA ENGINEERING
  • PROTON
  • PERODUA
  • UMW
  • GO AUTO
  • TNB
  • TM
  • CELCOM
  • KTMB
  • BHIC
  • MAB
  • MAHB
  • PHARMANIAGA
  • CCM
  • DUOPHARMA BIOTECH
  • SIME DARBY PROPERTY
  • SIME DARBY PLANTATION
  • UEM
  • CIMB
  • ADABI