NORLIZA BINTI ABU OTHMAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

    • Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT MEDAC menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan.

    • Menyediakan dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT MEDAC bagi tujuan audit keselamatan ICT.

    • Mengenalpasti bidang-bidang keselamatan ICT MEDAC yang perlu diberikan perhatian.

    • Memastikan tahap keselamatan ICT MEDAC adalah terjamin setiap masa.

    • Memastikan semua warga MEDAC memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

    • Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di MEDAC.

    • Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat daripada ketidakpatuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT di MEDAC.

    • Melaporkan kepada GCERT MEDAC mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di MEDAC.

    • Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di MEDAC bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan.

    • Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber serta peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di MEDAC.

    • Menyebarkan dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT MEDAC.

    • Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di MEDAC.